Dapatkan produk-produk 21 Tahun Keatas Untuk Lelaki Dan Wanita Disini
Powered by MaxBlogPress 

Blog Kedaiwan.com

Artikel Tips Untuk Lelaki Dan Wanita

Cantik dan tampan atau langsing dan sasa sering menjadi ukuran paling utama dalam memilih pasangan. Cinta sejati seharusnya tidak pernah memandang pada sifat fizikal seseorang samada gemuk, kurus, hitam atau pun putih. Bagi kamu yang terlalu memilih ingatlah kasih sayang dan kejujuran adalah lebih utama daripada wajah dan tubuh badannya. Jangan malu andainya pasangan kamu gemuk atau hitam kerana seharusnya kamu bangga kerana kamu benar-benar mencintainya kerana hati dan bukan bersandarkan paras rupa. Cantik dan tampan tidak harus menjadi ciri utama yang harus ada dalam sesebuah percintaan kerana:

1. Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai kamu semata-mata kerana kecantikan, awaslah! Kamu mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada kamu dan apabila kamu bertanya mengapa, dia memberitahu kerana terpesona dengan wajahmu, awas! Kamu akan ditinggalkan apabila wajah kamu tidak lagi mempesonakan.

2. Jika kamu memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin kamu akan bertemu dengan lelaki yang salah. Jika kamu berasakan kamu tidak cantik,jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.

3. Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak kekal sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.

4. Bagaimana cantik dan tampan seseorang itu, ia akan pudar. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik.

5. Kopi pahit, jika dibiarkan berdiri dengan sendiri, tetapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu. Kamu cantik, maka kamu boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu, kamu ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia akan sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

Email Artikel Ini Kepada Rakan Email Artikel Ini Kepada Rakan

Langganan Artikel

Isi borang di bawah ini untuk menerima artikel terbaru dari blog kami terus ke E-mail anda. PERCUMA

Our strict privacy policy keeps your email address 100% safe & secure.

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Popular Posts

Tips Mudah Hamil

Sekali lagi ingin saya tegaskan di sini, semua tips/petua mengenai ...

Panduan Cara Kira Wa

Sejak dari hari itu, saya telah menerima beratus-ratus email dari ...

Lelaki Selalu Berboh

Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita ...

30 Rahsia Wanita Yan

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang ...

Edisi 18 Tahun Keata

Wahai sahabat sekalian... Anda tidak perlu membayar SATU SEN ...

Sponsors

  • Cheap reliable web hosting from WebHostingHub.com.
  • Domain name search and availability check by PCNames.com.
  • Website and logo design contests at DesignContest.net.
  • Reviews of the best cheap web hosting providers at WebHostingRating.com.