Blog Kedaiwan.com » kebahagiaan

Petua Kebahagiaan Rumahtangga
PERKAHWINAN adalah institusi sosial yang amat penting untuk  menyempurnakan sahsiah manusia. Tidak dinafikan, institusi keluarga pada  masa kini semakin rapuh apabila  berlakunya perceraian di kalangan  suami isteri. Perkahwinan  untuk menyatukan lelaki dan wanita sebagai  pasangan suami isteri  dan akhirnya membentuk keluarga bahagia dalam  sebuah kehidupan harmoni.

Dalam kehidupan seorang lelaki apabila seseorang itu sudah mampu memikul  beban berkeluarga serta sudah mempunyai calon isteri digalakkan segera  berumahtangga. Melalui ikatan perkahwinan lelaki dan wanita disatukan  dalam ikatan yang sah sebagai suami isteri. Perkahwinan akan menambahkan  kasih sayang antara dua insan untuk mencapai ‘rumahku syurgaku’.

Pada  asasnya Islam menggalakkan memilih calon isteri dengan agama dan akhlak  yang baik, nescaya akan mendapat berkat disebabkan isteri itu dan dia  pun diberkati kerana suaminya. Perkahwinan dan pernikahan mestilah  diasaskan atas dasar kasih sayang, cinta dan keadilan.

Allah  berfirman   bermaksud: “Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku  adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu menikahinya),  maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.  Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil maka (nikahilah)  seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang  demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berbuat zalim.” (An-Nisa’: 3)  Antara suami dan isteri harus terjalin perasaan cinta, kasih sayang dan  tanggungjawab. Cinta bersifat subjektif, iaitu untuk kepentingan yang  mencintai, sedangkan kasih sayang bersifat objektif iaitu untuk  kepentingan yang disayangi. Manakala tanggungjawab adalah berlandaskan  keimanan.

Antara kewajipan suami terhadap isteri adalah  membayar mahar secara sempurna. Menggauli isteri dengan cara baik.  Mengajar selok-belok agama iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Menjauhi  sifat bermegah-megah dan bersikap adil. Menaruh rasa cemburu atas dasar  agama dan kehormatan iaitu sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan  dan perasaan.

Ini dijelaskan   Allah dalam firman-Nya yang  bermaksud: “Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang  kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian, jika kamu  menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin) itu dengan  senang hati, maka terimalah dan nikmati pemberian itu dengan senang  hati.” (Surah An-Nisa’: 4) Sementara, kewajipan isteri terhadap suami  adalah mengakui kepemimpinan suami. Taati suami dan memohon izin suami  apabila hendak keluar rumah. Selain itu, zahirkan kegembiraan di hadapan  suami, menghindari sikap sombong dan bermegah-megah. Sentiasa menjaga  makan minum suami dan kebersihan diri.

Keluarga kecil dalam sebuah rumah tangga akan membentuk keluarga    besar dalam ikatan masyarakat dan memberi kekuatan kepada negara.  Suami  jangan berfikiran untuk menceraikan isteri atau sering  mengancamnya dengan perkataan cerai. Jangan mempermainkan ucapan ‘cerai’  kerana menurut agama ucapan itu boleh dianggap   serius.

Di  pihak suami tidak boleh membenci isteri disebabkan tidak senang    perbuatannya. Tidakkah suami menyedari bahawa jauh lebih banyak  perbuatan isteri yang baik dan menyenangkan? Jadikan isteri sebagai  kekasih, teman, sahabat   paling akrab ketika mengharungi susah senang  dalam rumah tangga.

Dalam hal ini Nabi s.a.w  bersabda yang  bermaksud: “Jangan seorang Mukmin lelaki membenci Mukmin Perempuan.  Apabila dia membencinya dari satu segi tentu akan menyenangi dari segi  yang lain.” (Riwayat Muslim)  Sementara isteri tidak boleh membebani  suami dengan terlalu banyak menuntut nafkah. Isteri boleh membantu suami  untuk meringankan biaya kehidupan keluarga.  Isteri jangan membantah  suami dalam kebaikan, bersikap malas, mengingkari kebaikan suami atau  mengabaikan tugas utamanya sebagai isteri dan ibu dalam rumah tangga.

Isteri  juga mestilah menjaga penampilan. Berpakaian kemas, bersih dan harum di  hadapan suami.  Sebaliknya, suami juga harus selalu bersih di hadapan  isteri dan mengenakan pakaian yang menunjukkan ketampanan. Suami isteri  hendaklah saling bertutur dengan baik dan lembut.

Dalam rumah  tangga, suami isteri perlu elak mencari kesalahan satu sama lain, tetapi  bertoleransi dan bersikap saling memaafkan. Suami isteri harus  menyayangi keluarga kedua-dua   pihak. Tanggungjawab suami harus menjaga  keimanan dan pelaksanaan ibadah seluruh ahli keluarga.

Suami  isteri harus memelihara, mengasuh dan mendidik sendiri  anak dengan  didikan agama, akhlak dan keimanan. Kebijaksanaan suami akan   membentuk  kehidupan   rumah tangga yang ceria, bahagia dan harmoni. Apabila  kebahagiaan daripada cinta dapat diwujudkan dalam perkahwinan akan  tercapailah syurga di dunia.

Fenomena masa   kini,    berlakunya perceraian  suami isteri disebabkan kurangnya ilmu    perkahwinan dan rumah tangga menyebabkan  anak terabai. Masalah kewangan  juga menjadi   sebahagian punca   perceraian di samping kehidupan yang  terlalu bebas, boros, berfoya-foya menyebabkan salah seorang pasangan  berubah hati. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang  beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.”  (At-Tahrim: 5)  Tokoh Islam, Dr  ‘Aidh Abdullah Al-Qrani berkata,  hiduplah dalam sederhana dan jauhi hidup berfoya-foya,  boros dan  berlebih-lebihan. Sebabnya, setiap kali badan diajak berfoya-foya,    jiwa akan menjadi semakin sempit.

Apabila terjadi ketegangan  dalam hubungan suami isteri, hendaklah isteri mengalah dan menahan diri  dengan kesabaran. Setelah suasana reda dan  dingin, hendaklah isteri  mendekati suami dan berbicara dengan lemah- lembut, begitu juga  hendaknya dilakukan suami.  Dalam memperkukuhkan perkahwinan,  faktor  persaudaraan keluarga kedua-dua belah pihak juga penting diambil kira.  Ikatan silaturahim di kalangan keluarga suami dan isteri  perlu  dieratkan untuk membantu mewujudkan   kesejahteraan, perpaduan,  kerjasama dan keharmonian ummah dan negara.  Sesungguhnya, perkahwinan    bahagia adalah hidup dalam penuh keimanan,  kesederhanaan, saling bantu  membantu, saling mempercayai yang menjadi pengikat kasih      berpanjangan. Setiap perkahwinan memerlukan perhatian daripada suami dan  isteri dalam segala hal. Tanggungjawab terhadap anak  juga adalah  faktor penting ke arah mewujudkan keluarga bahagia  dalam sebuah  perkahwinan yang berpanjangan hingga ke akhir hayat.