Blog Kedaiwan.com » keluarga

Panduan Rumahtangga – Berlembutlah dengan isteri
Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan  perselisihan faham antara suami-isteri. Sama ada ia berpunca dari suami  atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka  menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus  tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang  sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri  yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan  luar, semata-mata untuk menenangkan fikiranyang runsing itu. Malah ada  yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan,  hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan  masalah, tetapi menambah masalah. Suami adalah pemimpin dan guru kepada  isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri  semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu.

Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi  keluarga, dia juga wajib mendidik isteri sertaanak-anaknya. Dan proses  mendidik ini bukan cukup hanya sekal dua dinasihati, tetapi ia memakan  masa yang lama.

Pada saat suami yang sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri  dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya  dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah,dijadikan  daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok  dan mungkin patah.

Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kamu berlaku dan berbicara  baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk  yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas.  Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia  akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara  sebaik-baik dengan wanita”.

Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta  sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal  ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda  berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan  bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika  sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih  faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah  lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan  yang baik.

Baginda pernah bertanyakan Aishah R.A di mana letaknya bekas bibir  Aishah pd gelas minumannya supaya di bekas itu juga bibir Baginda yg  indah mulia akan diletakkan untuk meminum minuman tersebut. Juga pernah para Ummul Mukminin bertanya kepada  Baginda siapakah di kalangan isteri yang paling Baginda  kasihi..cintai..Dengan pendekatan yang bijak Baginda menyatakan bahwa barangsiapa yang memperolehi cincin yang akan diberikan  maka beliaulah orang yang dikasihi..dicintai Baginda.

Jawapannya, kesemua mereka memperolehi seorang setiap satu. Di dalam  riwayat lain, Baginda S.A.W juga pernah bersyair untuk isterinya bahkan  sengaja mengalah dalam berlumba lari dengan isteri. Nah, inilah akhlak mulia dalam system kekeluargaan yang kian  pudar-malap dalam masyarakat kita apabila sang suami berjalan berseorang  berpuluh meter di hadapan sedangkan sang isteri pula di belakang tanpa pelindung sepatutnya.

Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambil sikap sabar apabila  ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada  satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab  r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia  menunggu si depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah  Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi khalifah tetap diam dan  tidak menyahut.

Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan  tempat itu sambil berkata pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin  seperti itu, apa lagilah keadaanku!” Tetapi sebaik sahaja dia hendak  melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya.

Umar bertanya, “Apakah tujuan kedatnganmu?” “Ya Amirul Mukminin, aku  datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering  menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai  di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan  isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, “Kalau isteri Amirul Mukminin pun  seperti itu, apa lagilah isteriku.”

Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu  kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku.  Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah  yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu  bukan merupakan kewajipan baginya. “Dan dialah juga yang mententeramkan  hatiku sehingga aku dapat Menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram.  Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang  dikatakannya mengenai diriku!”

Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!”  Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara,bersabarlah menghadapi  isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.”

Jadi, para suami hendaklah selalu bertolak ansur&memberi kemaafan  sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan  rasa marah krn marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan.  Tidak rugi kpd org yg menahan rasa marahnya.

Sunnah Rasulullah S.A.W bukan hanya berkisar pd kahwin 4, bukan  sekadar berkerja di siang hari bahkan dari banyak segi perlu dicontohi. Lebih-lebih lagi akhlak yg akan  mencerminkan sbg syiar kpd org bukan Islam samada menjd asbab hidayat  utk mereka memeluk Islam atau semakin jauh drpd kebenaran disebabkan  kejahilan kita sendiri.

Hadis Rasulullah SAW : ” Ada 3 perkara yg jika ada antara kamu yg  melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan & rahmat kpdnya  serta memasukkannya ke dlm Syurga-Nya. Iaitu orang yg jika diberi ia  berterima-kasih (bersyukr), jika diperlakukan hal yg buruk ia memberi  maaf & jika marah ia  dpt menahan diri.”

Rasulullah SAW juga bersabda ; “Siapa yg sabar menghadapi perlakuan  buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala spt yg  diberikanNya kpd Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan & sikap  isterinya, manakala isteri yg sabar menghadapi perlakuan buruk  suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala spt yg diberikanNya kpd  Asiah, isteri Firaun.”

Wallahhu aklam.