Faktor Penurunan Kualiti Seks :-

  • Usia yang semakin meningkat.
  • Lemah rembesan hormon seks.
  • Tidak bersenam.
  • Tekanan (Stress)
  • Merokok
  • Tidur lewat
  • Makan makanan yang tidak berzat dan tidak ikut jadual
  • Klorin, pewarna dan perasa didalam minuman.
  • Kualiti kesihatan diri yang lemah disebabkan oleh penyakit.
  • Genetik atau keturunan.

Lemah Tenaga Kelelakian.

Kajian mendapati semua lelaki mengalaminya. Apabila tiba masanya, lelaki akan mengalami masalah kemerosotan bahkan luput tenaga kelelakiannya.
KEDAIWAN.COM
Kedai Barangan Eksklusif Anda
Ini adalah perkara biasa, bahkan wajar. Bagaimanapun apabila ia berlaku tidak pada masa yang sepatutnya, sudah tentu merupakan suatu permasalahan besar. Ketika tiba saat begini, bermakna lelaki berkenaan telah mengalami masalah kelelakiannya.

Faktor Penurunan dan Ketiadaan Tenaga Kelelakian

Secara amnya, ada tiga faktor utama yang menjejaskan tenaga kelelakian itu. Faktor-faktor itu ialah persoalan usia atau masa, menghidap penyakit dan ketiga tekanan jiwa ataupun stress.


Faktor pertama ialah, persoalan usia. Selari dengan perjalanan masa, usia manusia kian meningkat. Dengan itu segala anggota badan dan komponennya mengalami penyusutan. Dengan itu, peranan setiap bahagian dalam sistem badan turut merosot. Urat saraf dan lainnya mulai kurang berfungsi sebagaimana sepatutnya. Demikian juga anggota yang berkenaan dengan perkelamian lelaki turut mengalami penurunan fungsi. Penghasilan hormon atau produktiviti rembesan kelelakian juga jadi berkurang.

Faktor kedua, masalah kesihatan. Seperti yang disebutkan di atas, apabila usia meningkat, daya tahan badan juga berkurang. Kekuatan anggota badan dan komponen dalamannya turut mengendur. Dengan demikian serangan penyakit tidak dapat ditangkis dengan sewajarnya. Apabila badan bermasalah iaitu berpenyakit, sekaligus akan mengalih daya imun badan terhadap penyakit yang dideritai. Sekaligus, perhatian terhadap fungsi penghasilan tenaga kelelakian berkurang bahkan boleh lenyap terus.

Faktor ketiga, persoalan psikologi. Apabila seseorang itu berada dalam keadaan stress atau tertekan, mood terhadap kelelakiannya menjadi terencat. Dengan ini rembesan hormon kelelakian terbantut. Dengan ini tenaga kelelakian seseorang itu berkurang bahkan boleh hilang sama sekali.

Demikian juga dalam persoalan mengatasi kelemahan tenaga kelelakian tadi. Kebanyakan pil-pil atau produk-produk perangsang berkenaan adalah untuk merangsang seketika. Padahal masalah utama ialah kelemahan tenaga kelelakian yang berpunca dari kegagalan atau disfungsi organ-organ seksual dalaman badan.

Cara paling berkesan ialah dapatkan bahan-bahan, pil-pil atau produk-produk yang berfungsi sebagai ‘merawat dan menyembuhkan’. Produk begini akan berperanan merangsang organ-organ semula jadi kelelakian dalam badan agar berfungsi semula. Lalu di situ, antaranya akan terhasil hormon yang berperanan langsung kepada seksual lelaki. Organ-organ badan berkenaan dan saraf dapat pulih dan menjalankan fungsi dengan normal. Misalnya, saluran darah dapat membuka laluan dengan baik lalu aliran darah ke organ kelamin lelaki pun menjadi normal. Dari situ organ kelelakian pun berperanan dengan normal. Apabila organ-organ ini berfungsi semula secara normal sudah semestinya keupayaan kelelakian pun menjadi berpanjangan. Tidak hanya sementara sebagaimana kesan akibat mengambil kebanyakan pil-pil perangsang seks itu.


Disclaimer : Ini adalah laman web kedaiwan.com.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada admin kedaiwan.com.
Hosted and Maintained by Admin Kedaiwan.com