KECANTIKAN adalah dambaan setiap wanita. Tidak kira pangkat, umur, keturunan dan sebagainya. Kita memang tidak dapat mengubah rupa bentuk kejadian yang ditentukan oleh yang maha kuasa. Tetapi tanda bersyukur dari insan terhadap penciptanya adalah dengan menjaga setiap anugerah yang diberi kepadanya .Ingin saya berpesan bahawa kecantikan dalaman dan kecantikan luaran mestilah seiring, barulah kecantikan yang hakiki itu boleh terpancar di wajah kita.
Di dunia realiti, kita berada di dalam sebuah masyarakat di mana kita selalunya  dihakimi oleh daya tarikan penampilan khususnya kecantikan fizikal.Contohnya  dalam urusan pencarian kerja, mencari pasangan, kenaikan pangkat dan sebagainya selalu mengutamakan dan mementingkan faktor kecantikan fizikal. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini dan berharap ia tidak berlaku kepada anda. Mari kita akui saja, kita semua ingin dilihat terbaik dan  mengharapkan orang lain juga menghargainya. Oleh kerana itu, penting bahawa kita perlu menitikberatkan penjagaan tubuh badan kita, khususnya kulit kita.
Fakta
Kulit  adalah organ terbesar dari tubuh dan merupakan garisan  pertahanan pertama bagi melawan penyakit. Tidak seperti organ lain, kulit kita mengelilingi dan melindungi kita. Ketika berlakunya sesuatu yang tidak baik, hasilnya akan jelas terlihat. Kulit secara berterusan akan dipengaruhi oleh keadaan  dalaman dan persekitaran. Penuaan dan penyakit boleh menyebabkan pelbagai tanda dan gejala terhadap kulit termasuk kekeringan, kehilangan daya ketahanan dan KEGELAPAN.




Disclaimer : Ini adalah laman web kedaiwan.com.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada admin kedaiwan.com. Hosted and Maintained by Admin Kedaiwan.com