Pukul berapa item saya akan dihantar?
Bayaran tempahan yg diterima sebelum jam 3.00pm, akan diproses pada hari yang sama. Bagi kawasan semenanjung malaysia, kebiasaannya anda akan menerimanya pada keesokkan harinya antara jam 8.00am-5.00pm dan 2 hingga 3 hari bagi kawasan sabah dan sarawak.
Bagaimana jika saya tidak berada di rumah pada masa penghantaran?
Poslaju sama sekali tidak akan meninggalkan bungkusan kerana anda harus menandatangani borang kiriman. Mereka akan meninggalkan kad panggilan (Sorry Note). Anda boleh menghubungi mereka untuk menjadualkan semula waktu penghantaran, atau memberikan alamat penghantaran yang lain atau memungutnya sendiri dipejabat serahan yg dinyatakan di kad panggilan.
Bolehkah pesanan saya dihantar ke alamat lain selain daripada rumah saya?
Boleh. Untuk kemudahan anda, anda boleh memilih untuk kami poskan pesanan anda ke alamat alternatif lain seperti alamat pejabat.
Adakah sesiapa akan tahu akan kandungan bungkusan saya?
Tidak, tiada siapa pun tahu akan kandungan bungkusan anda termasuk juga penghantarnya. Ini kerana setiap bungkusan kami biasanya akan diisytiharkan sebagai "Herba tropika" ataupun "cologne". Melainkan jika anda sendiri yang menunjukkan kepada mereka.
Mesej SMS disebelah adalah SMS dari pelanggan kami. 3 no telefon terakhir digelapkan bagi melindungi privasi pelanggan.
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA
Apakah yang akan berlaku jika penghantaran saya hilang?
Setiap bungkusan yang kami hantar mempunyai tracking number. Jika bungkusan hilang, laporkan kepada kami dan kami akan siasat, ia mengambil sedikit masa anda atau kami gantikan dengan yang baru. Sehingga hari ini, masalah ini tidak pernah timbul.
Disclaimer : Ini adalah laman web kedaiwan.com. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada admin kedaiwan.com. Hosted and Maintained by Admin Kedaiwan.com